Thursday, June 4, 2015

mencintaimu dalam diam

assalamualaikum ...

holla ..... i'm back !!
mmg boleh dikira dalam setahun bape kali update blog nie .. haha .. 
something i want to share .. sedar xsedar umur sudah pun meningkat .. dan banyak juga pengalaman hidup kita alami ..makin meningkat usia .. makin banyak perkara kita belajar ...... hurmm .. 
saya pasti mesti ramai yang mengalami situasi nie .. menyukai seseorang dalam diam .. dan kalau boleh nak jerit kat hamba Allah tu , " AKU SUKA KAU!!" .. tp itu hanya dalam hati .. tak mampu nak terluah .. walaupun kau sedar memang kau xlayak untuk dia ... macam langit dan bumi ... dan kau sedar dia ada yang lebih baik dari kau ... kekadang tertanya pada diri, knplah kau perlu ambil tahu pasal dia , stalk pasal dia , nak tahu pasal dia , tgk gmbar kat insta pun dah wat kau tersenyum walaupun pada hakikatnya dia takpernah peduli kewujudan kau , xpernah ambil tahu langsung pasal hidup kau .. but u still berdegil ... haihhhhh ... kau berusaha xambil peduli, dan akhirnya kau nak jugak tahu pasal dia .... terasa bodoh pun ada .. suka org tapi org tu xsuka kita pun .... *ketuk kepala sendiri* ... 
walaupun dalam diam .. sedar xsedar kau selalu mendoakan kebahagiaan dia .. soon , hari kekecewaan kau akn tiba ... yang dia mungkin akan berkawin dengan orang lain .. dan time tu mungkin kau mampu tersenyum dan dalam hati kau cakap "TAHNIAH" walaupun sebenarnya pahit untuk tengok semua tu .... di situ juga kau belajar untuk redha .. bahawa kau memang tak dtakdirkan utk dia ....... TAPI sekiranya Allah nak terbalikkan semua tuu .. nothing imposible , dia mungkin jodoh kau ,... dan time kau rasa terlalu bersyukur bahawa Allah sudah makbulkan doa kau .... wahh ...! bahagianya ya Allah .... 

cukuplah hanya kau meluah semua tu pada Allah ... xrugi pun kau cinta orang tu dalam diam .... dan disitu kau makin dekat ngan Allah .. kau luah semuanya padaNya .... kau yakin bahawa Allah dah tetapkan yg terbaik ......
tapi kenapa Allah hadirkan perasaan tu ? kau cuba lupa dia macam mana pun .. kau still teringat pasal dia ..... mungkin Allah nak uji ... sebenar pendam perasaan nie perit jugak ... kau nak dia tahu .. dan pada masa yang sama kau nk dia balas cinta kau ... kang ditolak mau kau malu dan diam seribu bahasa... so better diam ... kita tengok apa Allah nak sediakan untuk kita .... mungkin disebalik semua nie banyak hikmahnya .... 
kau doalah bebannyak .. supaya Allah jodohkan kau dengan orang2 yang baik, berilmu dan boleh membimbing kau walaupun kau rasa tak layak dapat orang cm tuu ...hurmm ..
macam kita dengar, nak tahu siapa jodoh kita cermin diri sendiri .... semuanya datang dari diri kia .. jika baik, baiklah yang kita dapat ... hurmm ... tak snggup nak cerminkan diri .. memang makin lama dalam hati kau cakap "KAU MEMANG TAKLAYAK UTK DIA, SILA SEDARKAN DIRI" ... 
berdoalah banyak2 dan biarkan Allah aturkan semuanya .. bahawa Allah dan berjanji yang Dia akan aturkan yang terbaik jika kita yakin dengan takdirNya dan berusaha .......


Cukup cintai ia dalam diam...
bukan karena membenci hadirnya.. .tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia... tapi meraih syurga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan...
karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari dugaan kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan juga hadirmu mungkin saja akan membawa keengsaraan hati yang terjaga...

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan...
memupuknya hanya akan menambah penderitaan,menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan juga mengharapkan balasan hanya akan mencipta kebahagiaan para syaitan...

Maka cintailah ia dengan keikhlasan...
kerana tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati... tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi...?

"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (QS. AlBaqarah:216) "

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)" (QS.An Nuur:26) "

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
karena tiada yang tahu apa yang Tuhan rancangkan... mungkin  ini adalah ujian yang akan menyepi atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan... serahkankan rasa yang itu pada Yang Memberi dan Memilikinya dan biarkan ia diatur  hingga keindahan itu datang pada waktunya...





wassalam .....


1 comment: